Sempena awal tahun baru 2011 ni marilah kita sama2 menghayati pesanan al-Ghazali yang menyatakan;
Sebuah rumah tangga hendaklah dibina atas tiga struktur asa :
'al-sakinah' (ketenangan)
'al-mawaddah'(kemesraan)
'al-tarahum(timbang rasa)
Asas pertama ketenangan bermaksud hendaklah suami isteri berpuas hati dengan pasangannya. Mereka seharusnya tidak berminat dengan yang lain.
Kedua, kemesraan pla membawa pengertian suka dan duka secara bersama.
Ketiga, timbang rasa pula lebih banyak merujuk kepada akhlak yang mulia serta tahu bersyukur atas nikmat yang diperoleh.
Sebuah rumah tangga yang berjaya didirikan di atas tiga struktur ini merupakan keluarga yang paling bahagia, malahan inilah keluarga yang mampu mengatasi segala cabaran hidup. Mereka adalah ibu bapa yang bakal melahirkan zuriat yang suhat dan keberkatan yang berpanjangan.
Harta benda dan kemewahan hidup tidak menjamin kebahagiaan yang dicari-cari kadang-kadang hidup di sebuah rumah usang, pasangan lebih mampu mengukir senyuman yang berterusan.
Sabda Nabi s.a.w "Tiga perkara yang membahagiakan : Isteri yang setia, kenderaan yang senang ditunggangi dan kediaman yang selesa."
-Hadis riwayat Sa'ad ibn Abu Waqqas r.a
0 ulasan:
Catat Ulasan