Hari ini saya ingin kongsikan email yang saya terima dari salah seorang Internet marketer iaitu saudara Kahirul Fadhli..
"Sempena tahu baru yang bakal menjelang tiba ini, saya ingin
kongsikan satu teori mudah yang saya baca daripada blog Irfan
Khairi iaitu tentang teori "Jungle Trekking".
Semasa aktiviti Jungle Trekking, kelajuan pergerakan sesuatu
kumpulan akan ditentukan oleh ahli kumpulan yang paling lambat
atau lemah. Tidak kira hebat macam mana pun ahli kumpulan yang
ada di hadapan, mereka perlu menunggu ahli yang paling lemah.
Pendek kata, ahli kumpulan yang paling lemahlah yang akan
menentukan kelajuan dan pencapaian keseluruhan kumpulan tersebut.
Untuk memastikan kumpulan tersebut dapat mempercepatkan
perjalanan mereka, mereka perlu memastikan ahli yang paling lemah
dibantu dan dipulihkan daripada kecederaan.
Begitulah dengan diri kita semua. Tidak kira sehebat mana pun
kemahiran dan ilmu yang kita ada, pasti ada kelemahan atau
sifat-sifat negatif yang menghalang kita daripada mencapai
sesuatu yang jauh lebih hebat. Sebagai contoh, kita sangat pandai
memasak. Namun kita masih tidak menjana apa-apa pendapatan
daripadanya kerana kita tidak pandai menguruskan masa dan sering
bertangguh.
Jadi, kita hendaklah mencari jalan bagaimana untuk mengatasi
kelemahan tersebut dengan belajar tentang teknik pengurusan masa
yang berkesan. Antara sifat negatif dan kelemahan "popular" yang
lain ialah seperti malas, takut hendak mengambil tindakan
pertama, malu untuk menjual, tidak pandai untuk memasarkan, tidak
yakin dengan kemampuan diri, tidak pandai berbahasa Inggeris
(sayalah ni!) hehehe.. dan pelbagai halangan yang lain.
Sebaik sahaja anda dapat mengatasi halangan ini, anda akan dapat
menggunakan sepenuhnya kelebihan sedia ada dan berupaya melakukan satu
anjakan yang sangat bermakna dalam kehidupan anda.
Apa lagi, jom kita senaraikan apakah perkara-perkara yang
menghalang kita untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat dan
tuliskan juga di bawahnya apakah langkah yang boleh diambil untuk
mengatasinya.
Semoga selepas ini, tidak kira apa juga impian anda sama ada dari
segi kerjaya, kewangan, perhubungan atau spiritual, anda akan
mencapainya tidak lama lagi...InsyaAllah..."

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam melakukan perniagaan internet...
0 ulasan:
Catat Ulasan