Ahad, 3 Februari 2013
Tangisan....
Menangis.....rasanya sudah terlalu lama aku tidak menangis kerana rasa tertekan yang amat sangat...
Sebelum ini memang kadang-kadang aku menangis, tapi semuanya sebab yang ringan dan biasa-biasa...
Tapi hari ini aku merasakan perasaan tekanan yanag amat sangat dalam.. Jauh dalam lubuk hati, aku rasa seperti beban yang amat berat sekali. Beban tekanan yang amat berat untuk aku galas.
Aku cuba untuk bertahan, tapi ternyata aku masih mentah dan masih lemah untuk "handle" tekanan ini. Aku tak mampu untuk hadapinya sendiri dengan perasaan aku... Aku kalah dengan perasaan sendiri..
Hati aku rasa berat dan pedih sangat bila terima tamparan yang berat nie... Aku akan jatuh rebah bila hati aku sendiri rasa lemah dengan tekanan yang datang... Hati, jiwa dan perasaan aku jatuh sakit... Badan aku menjadi lemah dan kaku...
Air mata menjadi teman yang paling akrab di sisi, saat aku merasakan biarlah takdir yang menentukan segalanya.... saat aku sudah tak mampu lagi untuk berkata-kata, air mata menjadi bahasa yang berbicara. kadang-kadang aku merasakan bahasa air mata lebih mudah untuk difahami berbanding bahasa mulut. kadang-kadang dengan air mata maksud dapat disampaikan... air mata sesuatu yang indah kerana jernih dan sucinya air mata itu hanya pemiliknya sahaja yang mengetahui...kerana setiap air mata yang mengalir jatuh dari seseorang ada maksud disebalik tangisan itu.
Air mata yang ditangiskan kadang-kadang bukanlah bertujuan untuk meminta simpati dari orang lain, tapi adalah untuk meluahkan perasaan dalam hati yang kadang-kadang tidak terucap dengan kata-kata..
Dikala itulah betapa bernilainya tangisan air mata itu. Kerana tidak semua orang boleh menzahirkan air mata yang ikhlas...
0 ulasan:
Catat Ulasan