Khamis, 21 Februari 2019

Alhamdulillah, bersyukur masih diberi nafas di bumi Allah yang Maha Luas ini.

Sesungguhnya besar sungguh rahmat Allah kepada hamba kecil ini.


Dah berdebu dan berhabuk blog ini. Dah terlalu lama sangat aku berhenti untuk menulis. Aku menulis pun hanya sekadar suka-suka dan untuk meluahkan perasaan hati. Orang tua-tua pesan, kalau ada masalah jangan disimpan dalam hati, nanti lama-lama kita juga yang menderita sendiri.  Jadi aku menulis sebagai terapi untuk hati ini. Maklum la hati aku ne terlalu halus, nipis dan kecil. Mudah sangat rasa terusik dan cepat terasa. 


Dalam tempoh masa yang lama ini pun banyak dah perubahan berlaku dalam hidup aku. Aku telah pun berkahwin dengan seorang suami yang sangat penyayang dan bertanggungjawab serta telah dikurniakan dua orang putera yang sangat comel dan menceriakan hidup aku. Setiap liku, dugaan dan perubahan yang berlaku dalam hidup aku sepanjang enam tahun yang lalu, sedikit sebanyak telah mengajar dan mematangkan aku dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.


Aku juga berharap semoga aku terus diberi kekuatan untuk terus bersabar dan kuat bagi menghadapi dugaan yang bakal mendatang. Sesungguhnya kita hanya merancang, hanya Allah jualah yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Setiap yang berlaku adalah hikmah dariNya. 


Rasanya cukup untuk itu sebagai permulaan untuk hari baru, minggu baru, tahun baru. In sha allah aku akan cuba untuk menulis semula sebagai hobi dan terapi. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright 2009 COLOUR BIRU. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress by Wpthemesfree