Ahad, 24 Oktober 2010
Saya minta maaf andai andai coretan aku ini bakal mengundang rasa tidak enak bagi sesetengah individu...Sesungguhnya apa yang aku ciretkan hanyalah untuk memperingati diri sendiri jua tanpa ingin menyakiti hati sesiapa... Sepanjang hidup kita sebagai hamba ALLAH di bumi bertuah ini begitu banyak yang kita lalui dan hadapi. Bermula dari bayi sehinggalah umur kita sekarang.... Ada pengalaman manis dan ada yang pahit.. Segalanya kita lalui samaada kita mahu terima atau tidak... Setiap pengalaman yang kita lalui memberi pengajaran dalam hidup dan mematangkan diri kita demi menghadapi masa hadapan yang makin mencabar... Sesungguhnya walau sesukar mana pun pengalaman yang kita lalui itu, kita harus sedar sesungguhnya Allah S.W.T. sentiasa berada dekat di sisikita untuk selalu membantu dan memberi petunjuk... Jadi marilah kita sama-sama mendekatkan diri kepada Allah, semoga hidup kita sentiasa mendapat berkat dan rahmat dari-NYA...
0 ulasan:
Catat Ulasan