Selasa, 21 Jun 2011

Teman,

Andai dirimu mahu menangis kerana bersedih,
maka teruskan sahaja.

...Kerana tidak diciptakan air mata itu
sekadar untuk disimpan,
tetapi ia adalah untuk insan-insan yang
sedang bersedih.

Menangis itu adalah sebahagian cara berbicara
kepada Yang Maha Berkuasa,
berharap dan pasrah kepada-Nya,
untuk mengurangkan sakit luka dan sengsara.

Dan ingin ku katakan,
air mata itu adalah wakil kata-katamu,
yang tidak mampu dituturkan oleh lidahmu
yang sebelumnya petah berbicara,
tetapi kini ia sedang kelu terkunci.

Biarkan sahaja air mata itu berkata-kata
dan memohon kepada Tuhan,
agar ketenangan dan kebahagiaan
yang dikau miliki dahulu,
kembali hadir dalam hidupmu.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright 2009 COLOUR BIRU. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress by Wpthemesfree